Jawatankuasa Bersama Alumni 4B - Kelab Veteran Mayc telah mengambil keputusan untuk membuka 'Bilik Gerakan PRU13' di 70 kawasan Parlimen termasuk 54 kawasan tumpuan di Semenanjung.
Bilik Gerakan ini diselaraselia oleh satu Jawatankuasa Tindakan yang diketuai oleh Datuk Wira Jamaludin, Setiausaha Agung Alumni & Datuk Yusof Hamid , Timbalan Presiden Kelab Veteran.
Fokus utama ialah sebagai badan sokongan kepada jentera PDM Barisan Nasional dan tumpuan kepada pengundi dari ahli kedua pertubuhan 4B & Mayc.
Sekretariat Peringkat Pusat ditempatkan di Ibu Pejabat 4B diketuai oleh Datuk Munawar Hj Nor, yang juga menjadi Setiausaha kepada Jawatankuasa Tindakan ini.
No comments:
Post a Comment