Tuesday, December 11, 2012

SEJARAH JOHOR


Sejarah Johor

Merdeka 1957 tunku abdul rahman.jpg

Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M
sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting.
 Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah 
tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan
Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri 
Johor menjadi pula salah sebuah jajahan 
pemerintahannya. Pada tahun 1511Melaka dikuasai 
oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah
Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang 
dan kemudiannya ke Bentan di JohorKesultanan
Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah,
 anakanda Sultan Mahmud Shah pada tahun 1528 dimana  wilayah jajahan yang diperintah oleh
 kerajaan ini ialah JohorRiauwilayah yang terbentang darisungai Klang hingga ke Linggi dan 
Tanjung TuanMuarBatu Pahat SingapuraPulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur 
semenanjung Tanah Melayu serta  Kepulauan Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran,
 Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.[1][2]
Pada tahun 1946, negeri Johor menjadi sebahagian daripada Malayan UnionDua tahun 
kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayudan seterusnya persekutuan Malaysia 
pada tahun 1963.

[sunting]

Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mengumpulkan semula semua askarnya dan menyerang 
Melaka beberapa kali dan membuat sekatan perdagangan. Portugis merana kerana banyak
 serangan dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah. Beberapa percubaan untuk menewaskan 
askar-askar Sultan Mahmud Shah dilakukan. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal
 yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan
 bandar Bentan. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, 
Sumatra di mana baginda mangkat. Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku 
Muzaffar Shah dan Tengku Alauddin Riayat Shah. Kejatuhan kesultanan Melayu Melaka

Muzaffar Shah seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Alauddin Riayat Shah menjadi
sultan Johor yang pertama. Kesultanan Johor juga dikenali sebagai
 "Kesultanan Johor-Riau-Lingga".

[sunting]
Kemunculan Kesultanan Johor Lama serta kuasa dan pengaruh luar

[sunting]
Perang Tiga Segi

Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan sebuah kota di Johor Lama yang terletak di tebing
 Sungai Johor dan dari situ terus melancarkan serangan ke atas kedudukan Portugis di Melaka.
 Baginda sentiasa bekerjasama dengan saudaranya di Perak dan juga dengan Sultan Pahang
untuk menawan semula Melaka (pada ketika itu kota A Famosa telah dibina).
Di sebelah utara Sumatera pula pada masa yang sama, Aceh mula mengembangkan
pengaruhnya untuk menguasai Selat Melaka. Selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis yang
 beragama Kristian, pedagang-pedagang Muslim mula menjauhkan diri daripada Melaka
dan singgah di Aceh. Melihat keadaan itu Portugis merasa tercabar kerana hasil
perdagangannya semakin kurang.
Portugis dan Johor sentiasa berperang menyebabkan Aceh melancarkan serangan
ke atas kedua-dua belah pihak. Kebangkitan Aceh di Selat Melaka mengakibatkan Johor
dan Portugis berdamai dan bekerjasama melemahkan Aceh. Tetapi selepas Aceh menjadi
lemah, Johor dan Portugis kembali berperang.

[sunting]
Perang Johor-Jambi

Semasa Perang Tiga Segi, Jambi yang berada di bawah kekuasaan Johor menjadi tumpuan
 ekonomi dan politik. Pada tahun 1666, Jambi cuba membebaskan diri daripada
kekuasaan Johor dan di antara tahun 1666 hingga tahun 1673 terjadilah peperangan di antara
 Johor dan Jambi. Ibu kota Johor iaitu Batu Sawar dimusnahkan oleh angkatan Jambi.
Hal ini menyebabkan ibu kota Johor sentiasa berpindah-randah.
Sepanjang perang itu, Jambi yang sentiasa mendapat keuntungan. Tetapi pada tahun 1679,
 Laksamana Tun Abdul Jamil mengupah askar upahan Bugis untuk bersama-sama dengan
 tentera Johor menentang Jambi. Tidak lama kemudian Jambi pun tewas.
Krisis antara Johor dan Jambi bermula apabila kedua-dua pihak berselisih faham mengenai
 perebutan kawasan yang bernama Tungkal. Pada masa ini Johor diperintah oleh Sultan 
Abdul Jalil Shah III dan peranan pentadbiran lebih banyak dimainkan oleh Raja Muda. Dalam
usaha untuk mendapatkan semula Tungkal dari tangan orang Jambi, orang Johor telah
menghasut penduduk Tungkal untuk memberontak. Hal ini menimbulkan kemarahan
Pemerintah Jambi. Namun kekuatan ketenteraan Johor yang disegani pemerintah Jambi pada
 waktu itu menyebabkan Jambi memilih untuk berdamai. Ketegangan antara Johor dan
Jambi telah dapat diredakan menerusi perkahwinan antara Raja Muda Johor dengan Puteri
Sultan Jambi pada tahun 1659.
Namun persengketaan antara Johor dan Jambi kembali meletus berpunca daripada tindakan
 kedua-dua pihak yang saling menghina kedaulatan kerajaan masing-masing. Johor telah
 memulakan episod perperangan dengan Jambi apabila menghantar 7 buah kapal untuk
menyerang perkampungan nelayan Jambi pada bulan Mei 1667. Kegiatan perdagangan
semakin merosot akibat perperangan yang berlaku kerana tiada jaminan keselamatan kepada
 pedagang untuk menjalankan urusniaga di kawasan bergolak ini. Hal ini menyebabkan
kerugian ekonomi kepada Johor. Kemuncak peristiwa perperangan ini berlaku apabila
Pangeran Dipati Anum mengetuai sebuah angkatan perang untuk menyerang dan
memusnahkan Johor secara mengejut pada 4 April 1673. Serangan ini telah melumpuhkan
sistem pentadbiran kerajaan Johor. Dalam usaha menyelamatkan diri, Raja Muda
bersama seluruh penduduk Johor telah lari bersembunyi di dalam hutan. Bendahara Johor
telah ditawan dan dibawa pulang ke Jambi.
Sultan Abdul Jalil Shah III pula melarikan diri ke Pahang. Baginda akhirnya meninggal dunia
di sana pada 22 November 1677. Perperangan yang menyebabkan kekalahan kerajaan Johor
 ini telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada Johor kerana Jambi telah bertindak
merampas semua barang berharga milik kerajaan Johor termasuk 4 tan emas, sebilangan
besar senjata api yang merupakan simbol kemegahan dan kekuatan Johor. Kehilangan
senjata api dan tentera yang ramai menyebabkan kerajaan Johor tidak berupaya berbuat
apa-apa secara tidak langsung menyebabkan kerajaan Johor runtuh.

[sunting]
Pengaruh Bugis dan Minangkabau

Sultan Mahmud Shah II mangkat pada tahun 1699 tanpa meninggalkan sebarang waris.
Melihatkan keadaan itu, Bendahara Abdul Jalil melantik dirinya sebagai sultan baru dengan
digelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Tetapi timbul perasaan tidak puas hati di kalangan
pembesar-pembesar lain di atas perlantikan itu.
Orang Bugis yang memainkan peranan penting sewaktu Perang Johor-Jambi mempunyai
pengaruh yang kuat di Johor. Selain daripada orang Bugis, orang Minangkabau juga
mempunyai pengaruh yang kuat. Orang Bugis dan Minangkabau percaya dengan kematian
Sultan Mahmud II, mereka dapat mengembangkan pengaruh mereka di Johor. Dalam
kalangan orang Minangkabau terdapat seorang putera dari Siak iaitu Raja Kecil yang
mengaku dirinya sebagai waris tunggal Sultan Mahmud II. Raja Kecil menjanjikan kepada
orang Bugis bahawa sekiranya mereka menolongnya menaiki takhta dia akan melantik ketua
orang-orang Bugis sebagai Yang Dipertuan Muda Johor. Pada masa itu orang-orang Bugis
telah memberikan alasan untuk pergi ke Selangor bagi mengumpul orang-orangnya sebelum
melancarkan serangan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari
Siak (Minangkabau) telah menyerang Johor terlebih dahulu setelah terlalu lama menunggu
kedatangan orang-orang Bugis. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil telah menawan Panchor.
Raja Kecil melantik dirinya sebagai Yang di-Pertuan Besar Johor dan bergelar Sultan Abdul 
Jalil Rahmat Shah. Setelah Raja Kecil berjaya menduduki tahta Johor orang-orang Bugis
telah datang menuntut janji untuk dilantik sebagai Yang Pertuan Muda. Permintaan ini telah
 tidak diperkenankan oleh Raja Kecil kerana orang-orang Bugis tadi telah tidak memberikan
bantuan sebagaimana yang diminta oleh Raja Kecil.
Tidak puas hati dengan perlantikan Raja Kecil, bekas Bendahara Abdul Jalil meminta Daeng
 Parani ketua orang Bugis untuk menolongnya mendapatkan semula takhta. Permintaan ini
telah dipersetujui oleh orang-orang Bugis kerana mereka juga kecewa kerana tidak dapat
 menuntut jawatan Yam Tuan Muda. Pada tahun 1722, Raja Kecil terpaksa meletakkan takhta
 kerana pengaruh Bugis. Anak Bendahara Abdul Jalil kemudiannya dilantik menjadi sultan
 dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Tetapi Sultan Sulaiman hanyalah
seorang sultan tetapi tidak mempunyai kuasa kerana Daeng Merewah, daripada orang Bugis
yang memegang kuasa sebagai Yang Dipertuan Muda.

[sunting]
Kekuasaan Kesultanan Johor

[sunting]
Pentadbiran Empayar Johor

Kesultanan Johor meneruskan sistem pentadbiran terdahulu seperti yang diamalkan di Melaka.
Kuasa pemerintah tertinggi ialah Yang di-Pertuan yang dikenali juga sebagai Sultan. Sultan
dibantu oleh Majlis Orang Kaya yang berperanan menasihati Sultan. Ahli majlis ini ialah
Bendahara, Temenggong, Laksamana, Shahbandar dan Seri Bija Diraja. Pada kurun
ke 18, Bendahara tinggal diPahang dan Temenggong Johor di Teluk Belanga, Singapura.
 Setiap mereka berperanan mentadbir kawasan mereka itu dengan kuasa yang diberikan oleh
 Sultan Johor. Oleh itu, kuasa pusat Empayar Johor dipecahkan.Ia menjadikan Empayar
 Johor terdiri dari 4 vasal/wilayah pegangan atau wilayah yang dipertanggungjawabkan kepada
 pembesar tertentu. Wilayah Muar dibawah Raja Temenggung MuarPahang dibawah
 kekuasaan Bendahara Johor, Riau dibawah Yang Dipertuan Muda dan tanah besar Johor
dan Singapura dibawah kekuasaan Temenggung Johor.Sultan hanya berkuasa di Lingga dan
pulau-pulau sekitarnya sahaja.Seluruh empayar Johor diketuai oleh Sultan yang bersemayam
di Pulau Lingga. Semua Orang Kaya kecuali Raja Temenggong Muar melapor terus kepada
 Sultan, Raja Temenggong Muar adalah berdaulat dan diakui oleh Sultan kerana Muar adalah
 jajahan yang dikurniakan oleh sultan kepada pembesar yang bergelar Dato' Pasir Raja
.Muar kemudiannya diambil oleh Sultan Abu Bakar dari wangsa Temenggung dengan syarat
dibayar pencen setiap bulan kepada pewaris Raja Temenggong Muar untuk selama-lamanya.

[sunting]
Pengaruh Empayar Johor

Sebagai Kesultanan menggantikan Kesultanan Melayu Melaka, maka pengaruh wilayahnya
 meliputi semenanjung selatan Malaysia, bahagian selatan-timur Sumatera dan Kepulauan
Riau dan kawasan sekitarnya. Empayar ini termasuk negeri PahangMuarJohor darat,
Kepulauan Riau dan Pulau Lingga. Pentadbiran pusat kekuasaan telah beberapa kali
 berpindah di Sayong Pinang, Kota Kara, Seluyut, Johor Lama, Batu Sawar dan Kota Tinggi,
 semua di Johor darat dan kemudian ke Riau dan Pulau Lingga. Kemudian beralih dengan
kelahiran Kesultanan Johor moden di Tanjung Puteri, yang sekarang dikenali sebagai
Johor Bahru.

[sunting]
Kedatangan kuasa Barat dan kejatuhan Kesultanan Johor Lama

[sunting]
Belanda dan Melaka

Pada abad ke-17Belanda tiba di Asia Tenggara. Belanda bukanlah sekutu atau kawan
Portugis dan ini menyebabkan Belanda bersekutu dengan Johor untuk memerangi Portugis
 di Melaka. Akhirnya pada tahun 1641, Belanda dan Johor berjaya menewaskan Portugis.
 Melaka kemudiannya menjadi milik Belanda sehinggalah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
ditandatangani.

[sunting]
Singapura dan British

Pada tahun 1818, Sir Stamford Raffles dilantik sebagai Gabenor Bengkulu di Sumatera
Barat. Namun, ia yakin bahawa Inggeris diperlukan untuk mendirikan pangkalan baru di Asia
 Tenggara untuk bersaing dengan Belanda. Meskipun banyak di British East India Company
 menentang idea seperti itu, Raffles berjaya meyakinkan Lord Hastings ketua Syarikat,
kemudian Gabenor Jeneral India, untuk menyokongnya. Dengan persetujuan gabenor jeneral,
 dia dan ekspedisi berangkat untuk mencari markas baru.
Ekspedisi Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Ia terjumpa sebuah penempatan
 kecil Melayu di kuala Sungai Singapura yang dipimpin oleh seorang gabenor (Temenggung)
 Johor. Walaupun pulau itu ukuran dasar diperintah oleh kesultanan, situasi politik di sana
sangat keruh. Sultan saat ini, Sultan Abdul Rahman, berada di bawah pengaruh Belanda
 dan Bugis. Oleh kerana itu, dia tidak akan pernah bersetuju untuk menubuhkan pangkalan
British di Singapura. Namun, Tengku Abdul Rahman adalah penguasa hanya kerana
abangnya, Tengku Hussein atau Tengku Long, telah pergi di Pahang berkahwin ketika bapa
 mereka meninggal dunia pada tahun 1812. Dia dilantik oleh Yam Tuan Muda Riau, Raja
 Jaafar kerana menurut dia, dalam tradisi Melayu, pengganti sultan itu harus berada di sisi
sultan ketika sultan mangkat agar boleh dianggap sebagai penguasa baru. Namun hal ini harus
 diputuskan oleh Bendahara sebagai penjaga "adat".[3][4]
Bendahara Ali (Raja Bendahara Pahang, Bendahara Empayar Johor) sedar akan masalah
 ini dan memutuskan untuk bertindak. Dia telah menyiapkan armada kapal ke Riau untuk
"memulihkan adat". Inggeris setelah mengetahui hal ini mengutus armada dan mengepung
angkatan Bendahara Ali untuk menghalangnya pergi ke Riau. Dengan bantuan Temenggung,
 Raffles berjaya menyeludup Tengku Hussain , yang tinggal dalam buangan di salah satu
Kepulauan Riau, kembali ke Singapura. Berdasarkan surat antara Tengku Hussain yang
 diutuskan kepada saudaranya (Sultan Abdul Rahman), ia berangkat ke Singapura kerana
 bimbang tentang keselamatan anaknya. Sayangnya dia ditangkap oleh Raffles dan dipaksa
 untuk membuat perjanjian. Perjanjian mereka menyatakan bahawa Inggeris akan
mengakui Tengku Hussein sebagai 'penguasa sah' "Johor", dan dengan demikian Tengku
Hussein dan Temenggung akan menerima gaji tahunan dari Inggeris itu. Sebagai
ganjaran, Tengku Hussein akan membolehkan Raffles mendirikan pos perdagangan di
 Singapura. perjanjian ini telah disahkan pada 6 Januari 1819. Bendahara Ali diminta oleh
 Inggeris untuk mengakui Tengku Hussain sebagai Sultan yang sah. Namun, Bendahara Ali
 telah menyatakan bahawa ia tidak ada hubungannya dengan kejadian di Singapura,
kerana ia merupakan tanah kekuasaan Temenggung dan menyatakan bahawa kesetiaannya
terletak pada Sultan Johor sebenar di Lingga.
Pada tahun 1818, Sir Stamford Raffles dilantik sebagai Gabenor Bengkulu di Sumatera.
Namun, ia yakin bahawa Inggeris diperlukan untuk mendirikan pangkalan baru di Asia
Tenggara untuk bersaing dengan Belanda. Meskipun banyak di British East India Company
 menentang idea seperti itu, Raffles berjaya meyakinkan Lord Hastings, Gabenor Jeneral India.
 Dengan persetujuan gabenor jeneral, dia dan ekspedisi berangkat untuk mencari markas
 baru. Ekspedisi Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Ia menemukan sebuah
penempatan Melayu kecil di muaraSungai Singapura yang dipimpin oleh seorang gabenor
(Temenggung) Johor. Walaupun pulau itu ukuran dasar diperintah oleh kesultanan, situasi
politik di sana sangat keruh. Sultan Johor saat ini, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah,
berada di bawah pengaruh Belanda dan Bugis. Oleh kerana itu, dia tidak akan pernah
bersetuju untuk pangkalan British di Singapura. Namun, Sultan Abdul Rahman adalah
berkuasa hanya kerana abangnya, Tengku Hussain atau Tengku Long, telah pergi di Pahang
 berkahwin ketika bapa mereka meninggal dunia pada tahun 1812. Dia dilantik oleh
Yam Tuan Muda Riau, Raja Jaafar kerana menurut dia, dalam tradisi Melayu, seseorang itu
harus berada di sisi sultan apabila sultan mangkat agar boleh dianggap sebagai
pemerintah baru. Namun hal ini harus diputuskan oleh Bendahara sebagai penjaga "adat".
Bendahara Ali sedar akan urusan ini dan memutuskan untuk bertindak. Dia telah menyiapkan
 armada kapal ke Riau untuk "mengembalikan adat". Inggeris setelah mengetahui hal ini
 mengutus armada dan setup kepungan untuk menghentikan kekuatan Bendahara Ali dari
maju. Dengan bantuan Temenggung itu, Raffles berjaya menyeludup Tengku Hussein,
kemudian tinggal di pengasingan di salah satu Kepulauan Riau, kembali ke Singapura.
Berdasarkan surat antara Tengku Hussain dan saudaranya Sultan Abdul Rahman, ia
berangkat ke Singapura kerana keprihatinan tentang keselamatan anaknya. Sayangnya
 dia ditangkap oleh Raffles dan dipaksa untuk membuat perjanjian. Perjanjian setia mereka
 menyatakan bahawa Inggeris akan mengakui Tengku Hussein sebagai penguasa "sah"
daripada "Johor", dan dengan demikian Tengku Temenggung Hussein dan akan menerima
 gaji tahunan dari Inggeris. Sebagai ganjaran, Tengku Hussein akan membolehkan
Raffles mendirikan pos perdagangan di Singapura. perjanjian ini telah diratifikasi pada
 6 Januari 1819. Bendahara Ali diminta oleh Inggeris untuk mengakui Tengku Hussain
sebagai penguasa. Namun, Bendahara Ali telah menyatakan bahawa ia tidak ada
hubungannya dengan kejadian di Singapura, kerana ia merupakan tanah pentadbiran
Temenggung aan menyatakan bahawa kesetiaannya terletak pada Sultan Johor di Pulau Lingga.
Perjanjian Anglo-Belanda
Belanda sangat tidak senang dengan tindakan Raffles. Ketegangan antara Belanda dan
 Inggeris di Singapura berterusan sehingga tahun 1824, ketika mereka menandatangani
 Perjanjian Anglo-Belanda. Menurut syarat-syarat perjanjian itu, Belanda secara rasmi menarik
 balik penentangan mereka terhadap kehadiran British di Singapura. Banyak sejarawan
berpendapat bahawa perjanjian itu membahagikan lingkaran pengaruh antara Belanda dan
 Inggeris; Kesultanan Johor ke Johor moden dan kelahiran negeri baru Riau-Lingga
selepas pemecatan Sultan terakhir dari Johor. Namun perjanjian ini ditandatangani
diam-diam tanpa sepengetahuan bangsawan tempatan termasuk Sultan dan kerananya
legitimasinya dipertanyakan. Hal ini serupa dengan Perang Dunia 2 persidangan di Yalta
di mana Stalin, Roosevelt dan sekutu lain bersetuju untuk berkongsi dunia yang dikenal dalam
 blok-blok kuasa timur dan barat sementara Jerman dan Jepun masih berdaulat.
Inggeris berjaya dikesampingkan pengaruh politik Belanda dengan mewartakan
Tengku Hussain sebagai Sultan Johor dan Singapura untuk mendapatkan pengakuan
hukum dalam lingkup pengaruh mereka di Singapura dan Semenanjung Malaysia.
Legitimasi proklamasi Sultan Hussein sebagai Sultan Johor dan Singapura, adalah tidak
diakui oleh semua pemerintah Melayu dan gelaran 'sultan'nya hanya sekadar nama.
kedudukan Temenggong Abdul Rahman, di sisi lain, diperkuatkan sebagai
penandatanganan perjanjian yang mengasingkannya dari pengaruh Raja Ja'afar
 (Yam Tuan Muda Riau). Sementara itu, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dilantik
 sebagai Sultan Johor dan bersemayam di Pulau Lingga pada bulan November 1822,
lengkap dengan alat-alat kebesaran diraja Empayar Johor. Sultan Abdul Rahman,
seorang yang warak, menjadi puas hati dengan lingkup politik pengaruhnya di Lingga,
di mana keluarganya terus mempertahankan rumah tangganya pentadbiran di bawah
arahan Raja Ja'afar yang memerintah di bawah naungan dari Belanda.

[sunting]
Kuasa-kuasa yang berminat

Para pelakon di atas pentas ini adalah tiga pihak iaitu kuasa Penjajah Inggeris dan Belanda,
 para bangsawan yang membuat perjanjian dengan Belanda iaitu Raja Jaafar,
Yam Tuan Muda dari Riau dan Temenggung Abdul Rahman, dari Johor dan Singapura,
pihak istana Johor yang terdiri dari Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dan Bendahara
 tidak menyedari perjanjian ini kerana perjanjian ini tidak ditandatangani tanpa pengetahuan
 mereka.[5] Disebabkan perjanjian tidak diiktiraf oleh Sultan dan Bendahara, orang Melayu
tidak memberi memperhatikan setiap tindakan kuasa penjajah.
Yam Tuan Muda (Gabenor Riau) telah melakukan pengkhianatan dengan "menjual"
kedaulatan Johor,[6] tetapi tidak Sultan atau Bendahara kerana mereka bukan merupakan
 pihak yang terlibat dalam perjanjian. Adalah salah untuk membuat penilaian bahawa Sultan
 tidak mematuhi perjanjian 1830. Perjanjian itu ditandatangani secara rahsia dan butirannya
 hanya diketahui pada tahun 1855.[7] Pada kenyataannya, Sultan adalah memiliki hak
kedaulatan dan menuntut taat setia dari semua pembesar Empayar Johor. Adapun
Temenggung, ia menguatkan kedudukannya dalam persiapan perubahan nasib Kesultanan
 Johor, bersiap-siap untuk memiliki persahabatan dengan United Kingdom dan berkongsi
kekayaan dengan British di saat keruntuhan Kesultanan Johor. Hal ini terbukti benar berlaku
apabila anak Temenggung Daeng Ibrahim, Temenggong Abu Bakar (kemudian menjadi
 Sultan Abu Bakar) bercita-cita menjadi Sultan Johor.

[sunting]
Sultan cuba membaiki keadaan

Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah meninggal dunia pada tahun 1832 dan digantikan
 oleh puteranya, Sultan Muhammad II Muazzam Shah (berkuasa 1832-1841). Raja Jaffar,
 Yam Tuan Muda Riau meninggal dan Sultan tidak tergesa-gesa untuk mengangkat
pengganti. Sultan melihat kerosakan yang dilakukan ke Istana dalam kerajaan ayahnya dan
 memutuskan untuk memperbetulkan dan mengembalikan adat sebagai peraturan yang
 mengatur perilaku peribadi dan politik.[8] Dia memanggil Bendahara Ali (Raja Bendahara
 Pahang) untuk Lingga. Di Lingga, pendalaman fungsi adat diadakan.[9] Bendahara
melakukan upacara (sesuai adat) yang bertujuan untuk mendidik bangsawan dan Sultan
tentang tugas dan tanggung jawab masing-masing. Islam dan politik telah dibahas. Ini
dihadiri oleh seluruh bangsawan dari seluruh Empayar Johor, maka, membuktikan bahawa
 'Sultan' di Singapura (Tengku Hussain) tidak diakui oleh orang Melayu. Upacara juga meliputi
 penabalan Tengku Mahmud (kemudian memerintah sebagai Sultan Mahmud IV Muzaffar
 Shah) sebagai putera mahkota dan Tun Mutahir sebagai bakal Bendahara.
Pada tahun 1841, Bendahara Ali melantik Temenggung Ibrahim untuk menggantikan
ayahnya yang meninggal pada 1825.[10] Jarak waktu yang lama ini kerana
ketidaksenangan Bendahara atas isu Singapura. Syarat telah dikenakan selama pelantikan
 termasuk dikehendaki membuat kunjungan kepada Sultan Mahmud Muzaffar yang berkuasa
 di Lingga sebagai tanda taat setia yang mengembirakan Tuanku Sultan. 'Sultan Hussein'
Singapura telah meninggal pada tahun 1835 dan puteranya, Tengku Ali berharap
legitimasi yang diberikan kepada Temenggung Ibrahim dberlakukan juga kepadanya.
Inggeris meneruskan permintaan itu pada tahun 1841 kepada Bendahara. Bendahara Ali
menolak untuk mengambil bahagian dalam pengkhianatan ini.
Setelah menunggu sejak 1835 untuk ditabalkan sebagai Sultan, pada tahun 1852
Tengku Ali memutuskan untuk 'kembali ke Johor' dengan menyatakan penghormatan dan
taat setia kepadaSultan Mahmud IV Muzaffar Shah di Pulau Lingga.[11] Selama tiga tahun
 Empayar Johor bersatu kembali lagi kecuali Singapura. Bimbang dengan keadaan
keadaan ini, Inggeris memanggil Tengku Ali kembali ke Singapura dan mengancam untuk
membatalkan persaraannya. Di Singapura, ia sering dikunjungi oleh Sultan Mahmud IV
 Muzaffar Shah dan hubungan mereka rapat.

[sunting]
Kejatuhan Empayar Johor

Kebimbangan Inggeris telah memaksa mereka melaksanakan perjanjian 1855 antara
Tengku Ali dan Temenggung Ibrahim. Dalam pertukaran untuk pengakuan sebagai 'Sultan',
Tengku Ali bersetuju untuk 'menyerahkan semua Johor'. Perjanjian itu hanya mengesahkan
 terus kekuasaan Temenggung di wilayahnya di tanah daratan Johor. Perjanjian ini bertujuan
 untuk menguatkan kedudukan Temenggung Ibrahim, sekutu utama Inggeris. Bendahara
 Ali ditanya oleh Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah tentang perjanjian 1855.[12][13] Dalam
 jawapannya, Bendahara menegaskan kembali tentang Temenggung seharusnya bersumpah
 setia kepada baginda dan perbuatan Tengku Ali, Bendahara tidak mengetahuinya. Beliau
 juga menegaskan bahawa dia bukan merupakan pihak yang terlibat dalam sebarang
perbincangan dengan Inggeris atau BelandaBelanda juga sangat bimbang. Tampaknya
Sultan bertindak sendiri dan tidak mahu mendengar nasihat Yam Tuan Muda Riau yang
 dipengaruhi Belanda dan bangsawan Bugis.
Hal ini mencetuskan menjadi pertikaian terbuka antara Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dan
bangsawan Bugis atas perlantikan Yam Tuan Muda Riau yang baru. Calon untuk jawatan itu
dipersetujui oleh bangsawan Bugis dan Belanda.[14] Sultan tidak suka mempunyai Yam Tuan
 Muda yang dipengaruhi kuasa asing. Kebuntuan ini menyebabkan sultan belayar ke Singapura
 untuk bertenang. Semasa Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah berada di Singapura, baginda
disingkirkan dari jawatan Sultan Empayar Johor oleh bangsawan Bugis pada 1857.

[sunting]
Kemunculan kuasa bekas jajahan Johor

[sunting]
Pemisahan tanah daratan Johor dengan Riau

Setelah penggulingan bekas Sultan Johor, bangsawan Bugis melantik sultan baru, Sultan 
Sulaiman II Badrul Alam Shah, Sultan "baru" bagi kerajaan Riau-Lingga didirikan atas sisa
Empayar Johor.[15] Sultan Sulaiman menandatangani perjanjian dengan Belanda.[16]
Dalam perjanjian tersebut baginda bersetuju untuk mengakui kedaulatan Belanda terhadap
kerajaannya. Hanya dengan sebatang pena, dia memecahkan Empayar Johor menjadi
2 bahagian besar dan telah menyerah kedaulatan bahagian wilayah kekuasaannya kepada
 Belanda. Ini juga menandakan berakhirnyakesultanan Johor sebagai penerus Kesultanan 
Melaka. Pembahagian ini berlangsung tetap hingga ke hari ini sebagai sempadan
Malaysia-Indonesia.

[sunting]
Johor dan Pahang

Selepas Sultan Mahmud Muzaffar digulingkan dan Sultan baru menyatakan wilayahnya yang
baru sebagai berasingan dari Empayar Johor dahulu, itu mirip dengan seekor kambing
disembelih dengan Sultan (sebagai badan) dan Riau-Lingga yang diwakili oleh kepala.
Bendahara sekarang ini menjadi ketua besar kepada sisa-sisa Empayar Johor berperanan
 sebagai pelindung adat.[17]Temenggung Ibrahim dari Johor memahami situasi ini dan
akan menandatangani perjanjian dengan Bendahara Tun Mutahir dari Pahang pada 1861.[18]
Perjanjian itu mengakui wilayah Johor (darat), dimiliki oleh keturunan Temenggung dan
keturunannya untuk memerintah, pengakuan perlindungan bersama antara Pahang dan Johor.
Dengan penandatanganan perjanjian ini, sisa-sisa Empayar menjadi 2 negara merdeka,
Johor dan Pahang.

[sunting]
Sejarah Johor moden

[sunting]
Wangsa Temenggong

Pada tahun 1855, di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali dari Johor,
 kuasa memerintah Johor diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim dengan
 Muarmasih lagi di bawah kekuasaan sultan. Muar kemudiannya diserahkan kepada
Temenggung Ibrahim pada tahun 1877. Temenggung Ibrahim membuka sebuah bandar iaitu
 Bandar Tanjung Puteri di selatan Johor dan menjadikannya sebagai sebuah bandar utama.
 Bandar Tanjung Puteri kemudiannya dikenali sebagai Johor Bahru.
Temenggung Ibrahim kemudiannya digantikan oleh anaknya, Temenggung Abu Bakar yang
 kemudiannya memegang gelaran Seri Maharaja Johor. Pada tahun 1866, dia dilantik
menjadi sultan Johor secara rasmi. Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim memperkenalkan
sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan
berkesan. Baginda juga memerintahkan dibinanya Istana Besar, tempat tinggal rasmi sultan.
Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai Bapa Johor Moden.
Johor juga menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan
 gambir yang tinggi pada kurun ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru
dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sistem Kangchu dilaksanakan.
Pada tahun 1914Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar terpaksa menerima seorang
Penasihat British.

[sunting]
Malaysia dan Johor

Perang Dunia II meletus pada tahun 1939British yang bertanggungjawab dalam aspek
pertahanan Johor dikalahkan dengan mudah oleh tentera Jepun. Jepun menduduki Johor
dari tahun 1941 hingga tahun 1945.
Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun 1946, Johor
menjadi sebahagian daripada Malayan UnionNasionalisme Melayu yang diketuai oleh
Dato' Onn Jaafardaripada UMNO menyebabkan Malayan Union dibatalkan dan
digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tanah Melayu kemudiannya mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan kemudiannya pada tahun 1963, Johor adalah salah
 satu daripada 14 buah negeri yang menyertai Malaysia.

No comments:

Post a Comment