Saturday, June 9, 2012

MENGEMASKINI DAFTAR KELUARGA PARIMBUNIS - 2012

Dikembarkan surat yang dihantar kepada semua Ketua Keluarga Induk bertarikh 21hb Aptil 2012 untuk rujukan anda.

Lembaga Adat
KELUARGA BESAR KETURUNAN RAJA ALI DAN RAJA CHIK
Alamat Urusetia: No 26 Jalan 4A Taman Ampang Jaya 68000 Ampang Selangor
Telefon/Fax: 03-42564252 HP: 012-2997094
E-mail: amirmajid1945@yahoo.com.
Rujukan: 2/DK2012
Tarikh: 21hb April 2012


(seperti alamat berkembar)



Assalamualaikum wbt,
Perkara: Mengemaskini Daftar Keluarga 2012

Lembaga Adat Keluarga Besar Keturunan Raja Ali dan Raja Chik sedang mengemaskinikan daftar keluarga besar ini bagi tahun 2012. Kali terakhir daftar keluarga dikemaskinikan ialah pada 1hb November 2004, dengan menggunakan butiran yang diperolehi semasa pendaftaran pada hari Rimbunan Kasih 1 (Disember 2002). Hampir sepuluh tahun telah berlalu sejak keluarga besar ini berkumpul buat pertama kalinya di Padang Temu Melaka. Ada diantara kita telah pergi buat selama-lamanya, ada yang telah berpindah alamat rumah, ada yang baru mendirikan rumah tangga, ada yang baru dilahirkan, ada pula yang baru dikesan menjadi sebahagian dari keluarga besar ini, dan bermacam lagi perubahan. Tambahan pula daftar yang sedia ada tidak lengkap: nama penuh tidak diberikan, ada nama keluarga yang tertinggal, ejaan tidak betul/lengkap, dll. Daftar keluarga sememanglah satu perkara yang dinamis dan sentiasa berubah bulan demi bulan, tahun demi tahun.

Dikembarkan bersama-sama ini rekod keluarga bagi keluarga induk yang anda ketuai. Kami berharap anda dapat membantu mengemaskinikannya, dan membuat catatan-catatan jika diperlukan penjelasan lanjut, dan mengembalikannya secepat mungkin kepada alamat yang tertera di atas. Catatan-catatan tidak perlu ditaip, cukup dengan tulisan tangan sahaja. Segala butiran yang diterima sebelum 30hb Julai 2012 akan dimuafkan dalam Direktori Keluarga Besar Keturunan Raja Ali dan Raja Chik yang akan diterbitkan sempena hari Rimbunan Kasih 5 yang dijangka akan diadakan di Padang Temu Melaka pada 21hb Ogos 2012 (3 Syawal 1433H) sempena ulang tahun kesepuluh keluarga besar ini pertama kali dihimpunkan. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Salam mesra dari saya,


Hj Amir bin Hj Abdul Majid
Ketua Urusetia

No comments:

Post a Comment