Jasra telah mempunyai sebuah lagi rumah kelab di Kawasan Padang , Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Ianya merupakan sebuah cabin, yang telah di letakkan berhampiran kawasan Gelanggang Futsall. Walaubagaimanapun, ianya memerlukan kerja-kerja pemulihan dan baikpulih. Satu program gotong royong akan diadakan bagi tujuan tersebut. Mana-mana pihak yang ingin menyumbang didalam bentuk barangan maupun wang ringgit, sila hubungi Presiden JASRA, 9W2HOZ, Saudara Abdullah (019 777 0435).
No comments:
Post a Comment