Sunday, May 28, 2017

Pertemuan PKMMNJ Daerah Muar

YDP dan jawatankuasa PKMMNJ akan mengadakan pertemuan & dialog mesra dgn ahli-ahli PKMMNJ Daerah Muar mulai jam 10.00 pagi, 31/5/2017. Pertemuan akan diadakan di Bangunan UMNO Muar, Jln Mariam, Muar. Tuan/puan dijemput sama menyertai pertemuan tersebut.

Sunday, May 14, 2017

Penangguhan AGM Alumni 4B Malaysia

PENGUMUMAN PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG 2017

Adalah saya diarah memaklumkan bahawa Perhimpunan Agung Pertubuhan Alumni 4B Malaysia pada 20 - 21 Mei 2017 ditangguh kesatu tarikh yg akan ditentukan kemudian.
Y.A.Bhg Tan Sri Presiden memohon maaf atas kesulitan yg dihadapi dng penangguhan ini.

Sekian dimaklumkan.

DATUK WIRA HJ JAMALUDIN RAHIM
Setiausaha Agung

sk. Tan Sri Presiden

JOTA 2017

Persekutuan  Pengakap Malaysia Daerah  Pontian akan mengadakan Jamboree On The Air (Jota) Kebangsaan stesen Pontian 2017 pada 20 Mei 2017 (Sabtu) di SMK Sri Kukup, Pontian, Johor. dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sehubungan dengan program tersebut, Frekuensi JASRA LINKING akan di pergunakkan oleh 9W2DCW sebagai station master. Mohon kerjasama semua pihak untuk memberi laluan kepada program berkenaan. Kerjasama anda di hargai,

Saturday, May 13, 2017

Mesyuarat AJK Gabungan Perkon Malaysia

Mesyuarat AJK Gabungan Perkon Malaysia akan diadakan pada jam 11pg, 20 hb Mei 2017 (Hari Sabtu), bertempat di PT 9912, Jalan 1/3G, Putra Point Fasa 2, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Kehadiran adalah di hargai.

Monday, May 8, 2017

Majlis kesyukuran

JEMPUTAN

MAJLIS KESYUKURAN KEMENANGAN BN DLAM PRK SUNGAI BESAR

YBhg Tan Sri Mohd Ali Rustam akan menghadiri program diatas yg diadakan pada 10 Mei 2017 Jam 8.00 malam di lokasi bus station Parit 16 Sungai Panjang, Sungai Besar.

YB/YBhg Tan Sri/Datuk Seri/Datuk Wira/Datuk/Datin/Tuan/Puan dijemput hadir menyerikan majlis kita ini.

Terima kasih

Wednesday, May 3, 2017

Program penerangan IMAN

Program penerangan daripada IMAN akan diadakan pada 4 Mei jam 11.45 pg di Kelab Darul Ehsan (Tmn TAR) anjuran Perkon WP.

Persidangan Agung Tahunan Alumni 4B Malaysia

PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN 2017

Adalah dimaklumkan bahawa Persidangan Agung Tahunan 2017 Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni) akan diadakan pada 20 - 21 Mei 2017 di Darulaman Golf & Country Club, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.