Saturday, June 25, 2016

70cm Net

_*INFORMASI JASRA 70cm NET  local repeater Melaka 9M4RML*_

_Assalamulaikum buat semua rakan2. Acara 70cm JASRA Net akan berlangsung yg akan di hos kan spt berikut:-_

Tarikh : *25 Jun 2016*
Masa : *10PM* Aftet J2MEN
QRA : *9W2RXP*
Oper : *IQMAL*
QTH : *PANTAI PUTERI,MELAKA*
Frq: *9M4RML*
       *439.440MHZ*
       *-5.00*
       *127.3*

_Rakan2 dijemput bersama utk menyertai dlm acara mingguan._

*Tip Checkin:*
_1. Sebutkan Callsign 2 atau 3 kali berserta QTH samada Mobile Station..Portable Station atau Base Station_
_2. Apabila dipanggil oleh NCS nyatakan Oper..QTH..RX audio NCS dn TX power ke Repeater._
_3. Tujuan Net adalah utk latihan dn juga bekerjanya repeater dan set up peralatan di base station..mobile mahupun Portable. ._

*Harap maklum*

Friday, June 24, 2016

Repeater UHF Melaka Lokal

Dimaklumkan bahawa pada 25/6/16, Repeater Melaka Lokal Jasra 9m4RML akan dinaikkan di Bkt Beruang oleh Team 9w2RLW. Repeater UHF 439.440mhz, offset -5.000mhz, Tone 127.3. Test pancaran Low 10w, High 25w analog, juga akan test Low 10w dan High 25w Digital. Dan akan test auto detect Analog/Digital. Mohon rakan2 monitor dan test coverage.

Thursday, June 23, 2016

Skim kawalan harga musim perayaan

Dimaklumkan bermula 16 Jun 2016 hingga 6 Julai 2016, Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri (SKHMP) akan berlangsung. Berikut adalah item-item yang disenarai sebagai barang kawalan :

1. Ayam Hidup (RM 6.70/kg)
2. Ayam Standard (RM 7.90/kg)
3. Ayam Super (RM 8.80/kg)
4. Daging Lembu Tempatan (RM 30/kg)
5. Daging Kerbau Import (RM 17.00/kg)
6. Telur Ayam A (RM 0.37/biji)
7. Telur Ayam B (RM 0.36/biji)
8. Telur Ayam C (RM 0.35/biji)
9. Cili Merah (RM 16.00/kg)
10. Tomato (RM 4.00/kg)
11. Kubis Bulat ( Indonesia dan China) - RM 3.50/kg
12. Kelapa Parut (RM 6.00/kg)
13. Bawang Merah Kecil (India) - RM 6.00/kg
14. Bawang Besar Import (RM 3/kg)
15. Bawang Putih (China) - (RM 10.50/kg)
16. Ubi Kentang Import (China) -RM 3/kg)
17. Ikan Kembung termasuk Ikan Mabung (RM 11.00/kg)
18. Ikan Selayang (RM 8.00/kg)
19. Ikan Aya/Tongkol ( dikawal di Kelantan, Terengganu, dan Pahang shj)

Peniaga diwajibkan meletakkan Tanda Harga berwarna Merah Jambu. Laporkan jika peniaga tidak meletakkan tanda harga!

Hubungi 1-800-886-800
Aduan: eaduan.kpdnkk.gob.my

*Harga kawalan diatas adalah harga di Semenanjung Malaysia sahaja.

#penggunabijak

Wednesday, June 22, 2016

Program pemantauan harga

Program Pemantauan Harga PPBNJ pd 25.6.2016, Sabtu jam 11.00pg di Kipmart Skudai, JB. Sila tunggu di pintu masuk.

Iftar Ramadhan Alumni 4B Kedah

Majlis berbuka puasa Alumni 4B Kedah dgn 60 org anak2 yatim Lorong seri langgar Alor Star ,  Kedah akan diadakan pd 24hb jam 7 ptg. Semua warga Alumni 4B dijemput hadir

Iftar Ramadhan Alumni 4B WP

Alumni 4B WP mengalukan kehadiran ahli Alumni Negeri untuk hadir dan memeriahkan majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan tahfiz di DAR Quran Jalan Datuk Keramat Kuala Lumpur pada jumaat 24 hb Jun 2016.

Aturcara.

5.30  Ptg - Penyampaian sumbangan
7.27 Mlm - Berbuka puasa
                   Sembahyang Maghrib
8.43  Mlm - Sembahyang Isyak / Terawih / Moreh

Iftar ramadhan Tan Sri Presiden Alumni 4B Malaysia

YB Senator Tan Sri Dr Hj Mohd Ali Rustam akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa di kediaman beliau seperti berikut:-
Tarikh
30 Jun 2016 (Khamis)
Tempat
Gallery
3030 Jln Tiong Emas
Tmn Tiong Emas
75450 Bukit Katil, Melaka.
YB/YBhg Tan Sri/Datuk Seri/Datuk Wira/Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan ahli-ahli Alumni 4B dan Belia 4B dengan segala hormatnya dijemput hadir.
Kehadiran sangat dihargai.