Sunday, December 20, 2015

Latihan taktikal EmComm

MARL bercadang untuk mengadakan Latihan Taktikal Emergency Communication di Politeknik Tanjung Malim pada cuti Chinese New Year, awal Februari 2016. Setiap ahli Gabungan di galakkan menghantar peserta seramai 5-10 org. Tempat tinggal disediakan. Program akan di laksanakan bersama JPAM. Harap semua ahli gabungan dapat menghantar senarai peserta dengan pada / sebelum 15/1/16. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan 9w2hoz 019 777 0435, 016 716 6515. Penyertaan hanya melalui Persatuan ahli Gabungan MARL sahaja.

Thursday, November 26, 2015

Persidangan Agung Dwi Tahunan Alumni 4B Negeri 2016

INFO

PERSIDANGAN AGUNG DWI TAHUNAN ALUMNI 4B NEGERI 2016

1.  Tarikh Persidangan ditetapkan dari 1.1.2016 hingga 28.2.2026.

2.   Persidanan tahun ini tidak ada pemilihan
(kecuali Kedah Terengganu dan Perak)

4.   Kedah dan Trengganu akan mengadakan pemilihan jawatankuasa dan jawatankuasa yg dipilih akan berkuasa bagi tempoh dua tahun iaitu  2016/2018 sahaja.

5.   Persidangan Penubuhan Alumni Perak akan diadakan pada 29 Disember 2015 di Hotel Casuarina Meru, Ipoh.

6.   Pengerusi Penyelaras Zon diminta untuk menyelia Persidangan Alumni Negeri.

Zon Utara
Syed Azmi Ahmad JP

Zon Tengah
Dato' Ahmad Bhari

Zon Selatan
Datuk Yop Yahya

Zon Timor
Dato' Fisar Abdullah

7.   Persidangan dikehendaki dijalankan dengan mematuhi Undang-undang sedia ada.

Sekian.

Festival Trak Johor

Jemput ke MAJLIS PELANCARAN FESTIVAL TRAK JOHOR 2015.
dirasmikan olih: YAB DATO MENTERI BESAR. pada: 27hb. November (jumaat) Jam: 3.00 petang. Bertempat: STADIUM PERBANDARAN PASIR GUDANG, JOHOR.
Di harap ahli jawatankuasa dan ahli PPBNJ bersama2 memeriahkan upacara perasmian tersebut. Kerjasama tuan dan Puan sangat 2 dihargai.

Monday, November 23, 2015

Program pengasingan sisa di punca Daerah Kota Tinggi

Program Pengasingan Sisa di Punca dan Matahati Daerak Kota Tinggi anjuran SWCorp Negeri Johor. Semua ahli Perkon Johor di undang hadir ke majlis tersebut pada jam 8.30 pagi  24/11/15, Hari Selasa di Dewan Jubli Intan, Kota Tinggi. Kehadiran di hargai

Thursday, November 19, 2015

Mesyuarat AJK Alumni 4B Johor

Mesyuarat AJK Alumni 4B Negeri Johor akan di adakan pada jam 2.30 ptg, 20/11/15, bertempat di Pejabat UMNO Air Hitam. Kehadiean di hargai