Friday, September 4, 2015

Bowling Alumni 4B Johor

Satu Kejohanan Bowling Alumni 4B Negeri Johor 2015, bagi merebut Piala Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam, akan di adakan pada 10/10/15, Hari Sabtu, bermula dari jam 10 pagi, di Pusat Bowling, SUMMIT Batu Pahat. Penyertaan adalah terbuka untuk kumpulan daripada kawasan parlimen yg terdiri daripada 3 orang, dan yuran penyertaan RM 60.00 setiap kumpulan.  Setiap Parlimen boleh menghantar 2 kumpulan. Walaubagaimanapun, penyertaan tambahan jika ada tertakluk kepada kekosongan dan adalah budi bicara pihak penganjur. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30/9/15. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi SU , Tn Hj Ramely Othman atau Pengerusi Kawasan Parlimen BP, Tn Hj Omar Rupee.

Mesyuarat khas bowling Alumni 4B Johor (4/9/15)

Thursday, September 3, 2015

CADANGAN / PINDAAN KEPADA AKTA/RAE

Anyone have any cadangan pindaan atas dasar skmm yg melibatkan akta, ataupun perlaksanaan dan soalan rae, boleh membuat cadangan di sini atau melalui kelab / persatuan masing2. Ianya perlu di kemukakan kepada pihak skmm melalui working committee yg akan bermesyuarat setiap minggu. Next meeting 8/9/15 di MCMC Tower 1, Cyberjaya. Segala pandangan dan cadangan adalah utk penambah baikan kepada pembangunan radio amatur di masa depan. Kerjasama di hargai
Wakil jasra - 9w2hoz, 9w2oxy, dan 9w2joc. Joc duduk dlm ajk structuring. Jika ada cadangan sila salurkan di sini dan akan di bawa kepada working committee

Wednesday, September 2, 2015

Mesyuarat Working Group RAE (3/9/15)

Sambutan10 tahun kerap

JASRA telah menerima undangan dari Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Daerah Sungai Besar yang akan mengadakan Sambutan 10 Tahun Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar (KERAP) pada seperti ketetapan berikut:

Aktiviti   : Majlis Hi-Tea Sambutan 10 Tahun Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar (KERAP)
Tarikh    : 19 September 2015 (Sabtu)
Masa      : 9.00 Pagi
Tempat  : Balai Raya Kampung Tebuk Haji Yusof, Sungai Besar, Selangor.

Ahli yang ingin turut serta, sila hubungi 9W2HOZ (019 777 0435), pada / sebelum 10/9/2015, untuk pengesahan semula kehadiran kepada pihak berkaitan.

Malaysia National field day 2015

MARL akan mengadakan ' MALAYSIA NATIONAL FIELD DAY 2015 " bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, pada 19-20/9/2015. Pihak yang berminat, sila hubungi 9M2SQL Saudara Mutalib, (017 639 1632). CALLSIGN bagi event, jika diperlukan, akan di uruskan oleh 9W2JOH, Saudara Feroz (019 7666000). Penyertaan amatlah di hargai. CQ. CQ, CQ..MERDEKA !! MERDEKA !! MERDEKA !!