Sunday, October 30, 2011

HF 7.060 - 7.063

QST, to all Radio Amateurs
15 October 2011

World-wide HF operators are kindly requested to QSY away from
7.060-7.063 at all times due to use by Thailand hams during the massive
flood emergency affecting millions of people in North and Central
Thailand.

Today, the emergency is on-going with huge areas flooded of from a half
to two meters of water, some areas are deeper and a few spotty areas are
mostly dry in the region. News estimates say that the flooding will
continue for four to six more days, at its height, and subsidence will
be over a month. Clean-up and rebuilding may extend more than a year.

The majority of flood radio traffic is being carried on the two meter
band by scores of ham volunteers, some of which have had their own homes
inundated. It is impossible to estimate how many ham radio operators'
shacks are now affected, but the significant flooding covers huge swaths
of the region as seen on
http://www.neighborhoodlink.com/Rural_Training_Center-Thailand/pages.

The Thai National Club Station, HS0AC, home of the Radio Amateur Society
of Thailand, is threatened tomorrow and is under watch. Timely updates
can be seen at http://www.qsl.net/rast in English.

Reported by HS0ZCW, Charly

Saturday, October 29, 2011

JEMPUTAN WALIMATUL URUS YF5NZ

YF5NZ, Pak Boy, menjemput semua rakan2 HAM yg berkelapangan dan berkesudian, untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Putrinya, Pada Hari Sabtu, 12 November 2011, Jam 12.00 WIB sehingga Selesai, di Gedung Rumpun Melayu Bersatu, Bukit Senang,Tg Balai Karimun, Republik Indonesia. Kehadiran di hargai.

2M NET KHAS SEMPENA KONVO UTHM 2011

Jika berkelapangan, kunjungi lah gerai pameran JASRA, DI PADANG KAWAD UTHM, BATU PAHAT, hari ini & esok (29 - 30 /10/2011). Net khas sempena konvokesyen UTHM akan dilaksanakan pada 29/10/2011 - jam 10 pg - 12 tgh, dan 30/10/2011 - jam 2 ptg - 4 ptg. Sokongan anda amatlah di hargai !

Thursday, October 27, 2011

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA DATO' PRESIDEN PKMM

PKMMNJ akan menganjurkan Majlis Ramah Mesra Bersama Yang Berbahagia Dato' Haji Mokhtar Samad, Presiden PKMM pada 30 Oktober 2011 jam 10.30 pagi bertempat di Balairaya Kampung Melayu, Jalan Penghulu Kassim, 86000 Kluang, Johor (Berhampiran Perhentian Bas/Teksi Bandar Kluang). Selain dari majlis ramah mesra, sesi dialog diantara ahli-ahli PKMMNJ dan Dato' Presiden PKMM juga turut diadakan. Kesemua ahli-ahli PKMMNJ dengan segala hormat ta'zimnya dipersilakan hadir.

LAPORAN UTUSAN MALAYSIA - 200 AHLI KELUARGA KETURUNAN DI-RAJA RIAU BERTEMU.



200 ahli keluarga keturunan diraja Riau bertemu


PERHIMPUNAN keluarga Parimbunis di Merlimau Jasin Melaka, baru-baru ini.

JASIN 24 Okt. - Kira-kira 200 ahli keluarga daripada keturunan diraja Riau, Raja Ali dan Raja Chik berkumpul sempena perhimpunan dwitahunan keempat generasi itu baru-baru ini.

Penasihat Persatuan Keturunan Raja Ali dan Raja Chik (Parimbunis), Kassim Ahmad, 80, berkata, semua ahli keluarga yang berkumpul pada hari ini terdiri daripada kalangan generasi keempat sehingga ketujuh yang merupakan cicit dan oneng kepada Raja Ali dan Raja Chik.

Menurutnya, perhimpunan dinamakan Parimbus Rimbunan Kasih 4 itu merupakan kali keempat diadakan setiap dua tahun bermula Disember 2002.

"Matlamat utama perhimpunan diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga Parambunis daripada anak, menantu, cucu, cicit, piut, buyut, dan oneng.

"Keseluruhan ahli keluarga Parambunis dianggarkan seramai 2,270 orang yang berada di seluruh negara termasuk di Riau Indonesia," katanya di sini baru-baru ini.

Katanya, selain menjamu selera dengan pelbagai hidangan, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pertandingan menunjukkan bakat menyanyi selain perbincangan mengadakan program lain seperti ibadah korban.

Anak saudara Kasim, Amir Abdul Majid yang mencetuskan idea perhimpunan Parimbus Rimbunan Kasih itu sembilan tahun lalu berkata, perhimpunan itu memberi banyak manfaat kepada keluarga dan warisan pada masa hadapan

"Namun, usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi kita akan berusaha mengumpul lebih ramai keturunan Raja Ali dan Raja Chik pada tahun hadapan setelah genap 10 tahun perhimpunan ini," katanya