Monday, February 13, 2017

Program jetski mengiringi Lawatan YAB MB Johor

Program Jetski Mengiringi  Lawatan YAB Menteri Besar Johor Ke Sg.Melayu Gelang Patah dan Perairan sekitar.

Sabtu--25 Feb 2017.

10 pagi---Turun Craft di Ramp Sg.Melayu.
(1059 pagi--Air Pasang Penuh 3.1 Metre)
11.30 Pagi---MB Dijangka Tiba.
11.45 Pagi--MB menaiki Bot Jabatan Laut diiringi Polis Marin dan Agensi Kerajaan yang Berkaitan.

Lawatan ke Projek Ternakan Kupang, Tambak Pasir dan Kawasan sekitar Danga Bay.

1 Tghari---Lawatan Selesai.
Makan Tengahari.
1.45--Naik craft ke Trailer.

Sesiapa yg berminat utk menyertai program ini boleh menghubungi En. WAN SAHMSUL, Setiausaha Program.

Tuesday, February 7, 2017

Birokrasi

Pengalaman semalam menghadiri Taklimat Tender Pembekalan Makanan Bermasak ke Dewan Makan Asrama sekolah2 di Negeri Johor, mendapati banyak kerenah yg di timbulkan oleh agensi kerajaan  Syarat pengesahan pesuruhjaya sumpah untuk dokumen syarikat bagi sijil2 SSM dan KKM, di nyatakan dalam iklan website Kementerian tapi tidak dinyatakan dalam iklan akhbar . MASAALAHNYA : Persuruhjaya Sumpah melalui pekeliling warta kerajaan yg terbaru TIDAK DI BENARKAN, membuat pengesahan keatas dokumen2 berkenaan melainkan DI MAHKAMAH sahaja. Jadinya, syarat yg di nyatakan bercanggah dengan pekeliling tersebut. Sebenarnya, salinan yg di sahkan oleh makamah juga TIDAK DI AMBIL semasa taklimat tersebut. Pengesahan semasa menghantar dokumen tender tu , pratik lazim, tapi untuk hadir lawatan tapak tak pernah lak saya jumpa. Baru pertama kali.  Saya tak faham, sapa lah yg memandai2 tambah syarat yg akhirnya tidak ada kaitan pun  Dah terlampau pandai la pihak berkenaan. Harga Tender dokumen MAHAL pulak. RM 300.00. Tak sesuai dengan keadaan ekonomi semasa. Agensi jangan nak buat UNTUNG. Susah la macam ni  #menteripelajaranmalaysia.

Monday, February 6, 2017

Mesyuarat khas

Satu Mesyuarat Khas akan diadakan pada jam 4 ptg di Maritime Clubhouse Putrajaya pada 9/2/17, bagi membincangkan perjumpaan dengan CEO SWCorp pada jam 9.30 pagi, 10/2/17 di Ibupejabat SWCorp, Cyberjaya. Mohon semua ajk yg terlibat khususnya kawasan SWM, untok hadir bersama. Sila sahkan kehadiran dengan SUK, Puan Zaleha. Kerjasama di hargai.

Sunday, February 5, 2017

Gotong Royong

Di cadangkan satu gotong royong bagi membersihkan Clubhouse BBU dan pemasangan Khemah akan diadakan pada jam 10 pg, 12/2/17, Hari Ahad, di Clubhouse Jasra, Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Kehadiran di hargai.

Saturday, February 4, 2017

SEMAKKAN REKOD BAYARAN

Lanjutan daripada Perjumpaan SU PERKON JOHOR. dengan En. Najib, Bahagian Kontrak SWM pada Hari Khamis yang lepas, SILA SEMAK SEMULA PEMBAYARAN YANG DI TERIMA DARIPADA SWM kerana pihak SWM akan membayar tuntutan BERASASKAN (1) TUNTUTAN (2) KONTRAK ATAU (3) PENGESYORAN, YANGMANA LEBIH RENDAH. Ini telah menyukarkan rekod penerimaan bayaran kerana tidak sama dengan Inbois dan terdapat perbedzaan dalam jumlah pembayaran GST. Kontraktor di sarankan buat semakkan SEGERA.

Majlis Tahlil

Majlis Tahlil Almarhumah Tunku Gedong akan diadakan pada 12/2/17 jam 6.30 di Istana Bukit Gedong. Kehadiran di hargai.

Wednesday, February 1, 2017