Tuesday, October 1, 2013
PAMERAN TRADE EXPO NDONESIA & JOGJA TRADE EXPO 2013
PAMERAN TRADE EXPO INDONESIA 2013 akan diadakan pada 16-20/10/2013, bertempat di Jakarta Konvensyen Centre, Kemayoran. PAMERAN JOGJA TRADE EXPO 2013 juga akan diadakan di Jogja Trade Expo pada 18-22/10/2013. Pakej menarik ditawarkan bagi kedua-dua expo. Sila hubungi Bapak Iwa, Konsul Ekonomi, Kedutaan Republik Indonesia di Johor Bahru ( 0108848126) atau Tuan Hj Abdullah Hj Awang (019 777 0435).
JASRA 2M NET - 2/10/2013
JASRA JOHOR AKAN mengadakan Acara 2M Net, pada malam ini, 2/10/2013, Hari Rabu, jam 9.00 malam. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700, Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau ECHOLINK 9M4GJS-R. Net Controller: 9W2BPQ. ORA: KAK RAHMAWATI. QTH: BANDAR PARIT RAJA, JOHOR. Penyertaan anda didalam menceriakan acara tersebut adalah di hargai. SESI "ENGLISH NET" juga diadakan selepas acara 2M Net, yang di kendalikan olih 9W2IGQ, Op: SAUDARA ALI, QTH: BANDAR PASIR GUDANG. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA
KENYATAAN MEDIA KES PENIPUAN MELIBATKAN TENDER PROJEK KEMENTERIAN KERJA RAYA
Kementerian Kerja Raya mengeluarkan kenyataan seperti berikut:
Kuala Lumpur, Selasa, 20 Ogos 2013 – Sejak kebelakangan ini, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mendapat maklumat daripada orang awam, kontraktor serta pemain industri binaan dalam dan luar Negara mengenai beberapa kes penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama KKR sebagai subjek dalam aktiviti jenayah penipuan mereka.
Modus Operandi yang digunakan adalah suspek menghubungi mangsa dengan menggunakan telefon atau surat (palsu) yang menawarkan kontrak tertentu samaada kaedah rundingan terus atau tender daripada KKR. Terdapat juga kes,suspek yang menyamar sebagai pegawai KKR meminta supaya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun peribadinya sebagai wang pendahuluan untuk tujuan “membantu” mangsa memproses atau mendapatkan projek atau kontrak daripada KKR ataupun Jabatan Kerja Raya (JKR). Penggunaan kepala surat rasmi KKR yang dipercayai palsu adalah taktik yang dikesan kerap digunakan oleh suspek.
KKR menyarankan orang ramai yang dihubungi oleh pihak tidak bertanggungjawab ini supaya merujuk segera kepada Unit Komunikasi Korporat (UKK) di talian 03-27714613 /4623 atau emel: pro@kkr.gov.my untuk mendapatkan pengesahan dan menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Elakkan daripada melakukan sebarang transaksi kewangan bagi kes berkenaan jika belum mendapat kepastian daripada KKR.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN KERJA RAYA
AGM PERDASAMA KALI KE 15
Pindaan dan perubahan aturcara penuh Mesyuarat Agung PERDASAMA Kali ke 15 pada 3 hb Oktober 2013, Di Regency Hotel Kuala Lumpur
Beberapa perubahan seperti berikut:
1) Tetamu Kehormat : YBhg Tan Sri Dato' Seri Utama Arshad Ayub- Pengerusi Bersama Lembaga Penasihat
2) Majlis Perasmian: Jam 2.00 petang-3.30 petang
3) Mesyuarat Agung : Jam 3.30 petang -5.00 petang
Beberapa perubahan seperti berikut:
1) Tetamu Kehormat : YBhg Tan Sri Dato' Seri Utama Arshad Ayub- Pengerusi Bersama Lembaga Penasihat
2) Majlis Perasmian: Jam 2.00 petang-3.30 petang
3) Mesyuarat Agung : Jam 3.30 petang -5.00 petang
Subscribe to:
Posts (Atom)














