Sunday, June 12, 2011

KULAIJAYA EXTREME CYCLING CARNIVAL (12.6.2011)






Seramai 700 orang peserta telah menyertai Program KulaiJaya Extreme Cycling Carnival 2011, yang diadakan di Hutan Bandar, Bandar Putra IOI, KulaiJaya. Penyertaan terdiri daripada Negara Australia, Perancis, Scotland dan Singapura, serta peserta tempatan. Majlis telah dirasmikan olih Y.B. Datuk Rosnah Shirlin binti Haji Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Trek yang melalui kawasan perladangan kelapa sawit, belukar dan bukit, telah menguji kekuatan mental dan fisikal para peserta. Program juga di meriahkan dengan pelbagai aktiviti dan cabutan bertuah.

Saturday, June 11, 2011

PERTUKARAN FREKUENSI JASRA JOHOR BAHRU LOCAL (9M4RJB)

Harap maklum : Frekuensi JASRA Local Johor Bahru ( 9M4RJB ) telah di tukar dari 145.635 kepada 145.775, -0.6, 127.3. Segala kesulitan amatlah di kesali.

Friday, June 10, 2011

JAKFOX 2011

Sempena ulang tahun ke-483 Kota Jakarta, ORARI Daerah DKI Jakarta akan mengadakan Jakarta Fox Hunting (JakFox) 2011 yang merupakan agenda tahunan sejak tahun 2009. Acara diadakan pada 18-19 Jun 2011 di Lapangan IRTI Monas.
JakFox 2011 akan diisi pelbagai kegiatan, Mobile ARDF, Walking ARDF, Slalom, Auto Dubling, dan Kode Morse.
Jika berminat untuk turut serta, hubungi 9W2HOZ (019 777 0435)

EKSPEDISI 4x4 KUALA MU, PERAK

Program "Weekend Offroad Warrior 7" anjuran Malaysian4Wheelers, ke Kuala Mu, Perak, akan di adakan pada 24-26 Jun 2011.


Aturcara Tentatif:
Day 1 – Jumaat 24/06/2011
0900 hr - Tol Skudai - Shah Alam.
15.00 hr - 1) RV and Flag off at Karangkraf HQ in Shah Alam
15.30 hr - Convoy Rolling
19.00 hr - RV at Pekan Sg Siput / Dinner
20.00 hr - Convoy Rolling Kuala Mu (Offroad Sector)
01.00 hr - ETA Kuala Mu/ Campsite

Day 2 – Sabtu 25/06/2011
09.00 hr - Preparing breakfast
10.30 hr - Visit Kg Asli Kuala Mu
Activity with villagers
12.30 hr - Back to Campsite
Lunch
Free at leisure
16.00 hr - Lepard Waterfall Jungle Trekking
20.00 hr - Makan Malam
24.00 hr - Rehat

Day 3 - Ahad 26/06/2011
09.00 hr - Breakfast
11.00 hr - Break campsite
Convoy rolling to KL
16.00 hr - ETA Kuala Lumpur
23.00 HR - ETA Johor Bahru

• Acara mungkin akan bertukar mengikut keadaan dan pihak penganjur berhak untuk
membatalkannya jika ada keperluan demi keselamatan atau pun mengikut situasi yang
bersesuaian.

Thursday, June 9, 2011

PAMERAN RADIO AMATUR SEMPENA KULAIJAYA EXTREME CYCLING CARNIVAL


JASRA bersama2 KRKPJB (PELANGI) akan mengadakan Pameran Radio Amatur sempena KulaiJaya Extreme Cycling Carnival, yang akan diadakan di Hutan Bandar Putra, Bandar Putra IOI, Kulaijaya, pada Hari Ahad, 12 hb Jun 2011. Jom kunjung ramai2.

BOJONEGARA HAM FEST 2011


Friday, June 3, 2011

HARI KEPUTERAAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG


Rakyat Malaysia Mendoakan Kesejahteraan dan mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DYMM TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL MARHUM SULTAN MAHMUD,

Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup kepada Tuanku sebagai payung kepada seluruh rakyat di negara ini.

Allah Lanjutkan Usia Tuanku

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!